Friday, June 27, 2014

Bab 10

"Eh..tak apa.Lagipun berat ni.Saya tak tahu lah awak bawa apa dalam ni"Lee Shin mengambil kembali beg roda daripada tangan Shahira.

"Eh...tak apa lah..."Shahira mengambil kembali beg rodanya daripada tangan Lee Shin.

Tiba-tiba, secara tidak sengaja Shahira terpegang tangan Lee Shin.Lee Shin memandang Shahira.Shahira juga memandang Lee Shin.

"Maaf ya.."Shahira menyusun sepuluh jarinya sambil tersengih dan terus pergi ke ibu dan ayahnya.

Lee Shin seakan-akan tercengang dan memandang tangannya yang tidak sengaja dipegang oleh Shahira tadi.
Dia teringat semula apa yang terjadi.Dia terus menggeleng-gelengkan kepalanya.

"Lee Shin..apa kamu buat di situ?"tanya ayah Shahira.

"A?Tak ada apa-apa.."jawab Lee Shin.

"Cepat sikit.Nanti kita terlambat pula"kata ayah sambil melihat jam tangannya.

"Baik"Lee Shin terus menarik beg-beg roda di tangannya.

_________________________________________________________________________________
"Ayah, adik nak beli coklat kat situ boleh?"Shahira menarik tangan ayahnya seperti budak kecil yang inginkan sesuatu sambil menunjukkan tempat yang ingin dia tuju.

"Adik...apa lah macam budak kecil ni?Kamu kan dah besar"nasihat ibu.

"Tapi...."

"Okey-okey.Adik pergilah.Cepat sikit tahu.Lee Shin..boleh kamu temankan Shahira ni?"kata ayah.

"Alah..asal lah mamat ni ikut sekali.Menyemak lah! Nanti mesti dia sindir aku nanti!"gertak hati Shahira.
Dia terus berlari ke kedai coklat yang ingin dia tuju.

"Shahira.... jo...m.Eh? Cepatnya dia lari"kata Lee Shin yang ingin mengajak Shahira untuk pergi bersama-sama tapi dia pula yang ditinggalkan.

_________________________________________________________________________________

"Erm...nak yang ni.Alah...ni sedap juga.Susahnya nak pilih"

"Hei, hantu coklat!"

"Opocot, hantu coklat! Mana hantu coklat!"Shahira melatah.Nasib baik lah dia tidak terlepaskan semua coklat-coklat yang dipegangnya tadi.

Lee Shin terus ketawa berdekah-dekah sambil memegang perutnya.

"Ish!Kacau orang sahaja lah!"Shahira terus memukul Lee Shin.

"Eh...eh.. aduh.. sakitlah!"Lee Shin segera memegang lengan Shahira yang berlapik supaya dia tidak dipukul lagi.

Shahira terkedu dengan tindakan Lee Shin.

"Eh...sorry ya?"Lee Shin melepaskan lengan Shahira.

Lee Shin sudah tertunduk.Shahira masih terkedu.Untuk mengelakkan suasana yang pelik di situ, dia pun terus menukar topik.

"A...apa nak beli erk?"

"A... hei budak kuat makan.Cepat lah.Nanti ayah awak marah nanti baru tahu"

"Alah...tolong lah saya angkat coklat-coklat ni"

"Ish... dia ni.Mengada-ngada lah.."

Setelah selesai membuat pembayaran di kaunter, mereka pun terus ke tempat ayah dan ibu Shahira berada.

"Asal lambat ni?"tanya ibu.

"Ni Shahira ni.Lambat"Lee Shin terus menyalahkan Shahira.

"Hei..hei..hei!Kalau bukan pasal awak yang usik saya tadi.Kita tidak lambat lah!"Shahira membalas.

"Awak tu yang salah!"Lee Shin menunding jarinya kepada muka Shahira.

"Ya ALLAH.Diaorang ni bergaduh pula macam budak-budak!Kahwinkan baru tahu!"kata ibu.

"Apa?!"Lee Shin dan Shahira terus memadang Puan Maria setelah mendengar ujaran daripada Puan Maria.

"Cepat-cepat! Kita dan nak naik flight ni"kata Encik Azim setelah mendengar pengunguman.



<--- Bab Sebelumnya - Bab 9                                                              Bab Seterusnya - Bab 11 --->


Wednesday, June 18, 2014

Bab 9

"Meh lah saya angkatkan"
"A?Lee Shin?"

"Eh... adik naik dengan Lee Shin lah"kata ibu.

"A??Apa?!!!!"jerit kecil Shahira.
______________________________________________________________________ 
Cepat-cepat kita dah nak gerak ni.

"Alah..."Shahira mengeluh seperti kebudak-budakkan.

"Adik..."ibu memanggil Shahira dengan lembut.

"Ya...baiklah ibu..."Shahira akur dengan keputusan ibu dan ayah dengan muka yang kurang ceria.

Di dalam teksi.

"Pergh!Punya lah semalam kau beriya-iya suruh aku belikan kau souvenir.Sekarang kau pula yang ada kat sebelah aku ni.Kurang asam betul Lee Shin ni!"bentak hati Shahira.

"Apa pandang saya?"Lee Shin kehairanan apabila dia ditenung dengan tenungan kurang senang Shahira.

"Awak beriya-iya suruh saya belikan awak souvenir lah apa lah.Sekarang awak yang ada kat sini!?"Shahira berkata sambil memeluk tubuh.

"Haha..Lah marah ke? Bukan saya yang nak pergi okey?Ibu bapa awak yang ajak saya ikut sama.So, orang melayu selalu kata macam ni "rezeki jangan ditolak".Betul tak?"

"Iye..iye.."Shahira menjawab acuh tak acuh sahaja.

"Eleh..merajuk lah tu"bisik hati Lee Shin.

Shahira seakan tak ingin mendengar celoteh si sahabat baiknya dek kerana ada perasaan kurang senang di hati a.k.a. merajuk.

Lee Shin hanya menggelengkan kepalanya sahaja.Dia memang sudah kenal benar dengan perangai si anak manja jiran sebelah rumahnya malah sudah lali pun! Nasib baiklah sahabat baik.Kalau tidak, tak ada maknanya dia nak melayan anak manja seorang ini.

"Comel macam selalu.Bila dia merajuk"bisik hati Lee Shin.

"E?"Lee Shin menampar-nampar mukanya.

"Awak ni dah kenapa pulak?"tanya Shahira yang kehairanan melihat reaksi pelik Lee Shin.

Lee Shin memandang Shahira dan melihatnya dengan pandangan yang pelik dek kerana melihat kelakuan peliknya.

"A? Tak ada apa-apa.Hehehe"jawab Lee Shin sambil melambai-lambaikan tangannya tanda tiada apa-apa yang berlaku.

"Okey"Shahira kembali merenung ke luar tingkap.Kebosanan melanda.Kalau komik ada pun bagus juga.

"Hah~"Shahira mengeluh kecil.

Lee Shin memandang Shahira dan kembali melihat ke luar tingkap di sebelahnya.

____________________________________________________________________________

"Dah sampai akhirnya!"Shahira menjerit kecil.

Dia mengeliat dan terus keluar dari teksi yang dinaikinya.Dia terus berlari anak untuk ke teksi yang dinaiki oleh ibu dan ayahnya.

"Ibu..kita dah sampai akhirnya!"Shahira keriangan dan memegang tangan ibunya.

"Ya.. Tak sabar kamu ya?"

"Mestilah ibu!"Shahira membuat tanda bagus kepada ibunya.

Ayahnya sedang dibantu oleh pemandu teksi untuk mengeluarkan barang dan beg-beg.

"Adik..mana beg baju adik?Kenapa tak bawa ke sini?"tanya ibu.

"A.. Sekejap ya.Adik nak ambil"

Shahira berlari anak untuk kembali ke teksi yang dinaikinya.Kelihatan Lee Shin sedang baru sahaja selesai dibantu oleh pemandu teksi untuk mengeluarkan beg dan barang.Lee Shin menarik beg roda Shahira.

"Eh..tak apa.Saya bawa sendiri sahaja"Shahira merampas beg pakaiannya daripada tangan Lee Shin.

<--- Bab Sebelumnya - Bab 8                                                                        Bab Seterusnya - Bab 10 --->








Saturday, June 14, 2014

Bab 8

"Pagi yang indah!"jerit hati Shahira.

Shahira yang kini berada di luar beranda biliknya terus mengeliatkan badannya sambil tersenyum dan menghirup udara pagi yang segar lagi nyaman tanpa sebarang pencemaran.Lalu, dia pun memandang ke arah rumah sebelahnya.Alangkah terkejutnya apabila Shahira yang sedang mengeliat sambil tersenyum dari tadi rupa-rupanya sedang diperhatikan oleh seseorang yang amat dia kenali.Lee Shin hanya memerhatikan Shahira daripada tadi rupanya!

Mereka bertentangan mata dan Shahira yang telah kaku dengan gaya badannya yang sedang mengeliat.Senyuman yang manis sejak tadi sudah terpadam.Dia cepat-cepat menurunkan tangannya.Muka Shahira kian memerah.Dia cepat-cepat berlakon seolah olah tiada apa-apa yang berlaku dengan cara membetulkan tudungnya.Lee Shin melambaikan tangan.

"Selamat pagi Tuan Puteri.Awal bangun?"kata Lee Shin sambil tersenyum ke arah Shahira.
"Selamat pagi.Hehe.Bye!"Shahira membalas dengan sengihan.

Shahira terus berjalan pantas masuk semula ke biliknya.Betapa malunya dia.Adus! Tak terkata!

"Malunya!Apa lah aku buat tadi!"bentak hati Shahira sambil menutup mukanya dengan tangan.

Shahira kembali membuka tangan daripada mukanya.

"Tak guna betul Lee Shin ni. Ada ke patut dia tenung je aku tadi!Siap tegur lagi! Malunya!"jerit kecil Shahira.
_________________________________________________________________________________
"Ibu!Selamat pagi!Mana ayah?"tanya Shahira.
"Selamat pagi Tuan Puteri!Awal bangunnya?Ayah kamu pergi ke pejabatnya.Katanya ada urusan sikit yang nak kena diuruskan sebelum kita pergi berangkat ke Korea malam ni."

"Owh..awal ke ibu?Awal sangat kan?Hehehe"
"Erm..awal sangat.Itulah, lepas solat Subuh tidur balik.Mana lah rezeki nak masuk.Ni, anak dara tak boleh bangun lambat tahu.Nanti tak da orang yang nak datang meminang nanti"sakat ibu.

"Ish..Ibu ni...Main-mainlah.."kata Shahira dengan bibir yang sengaja dijuihkan tanpa protes kata-kata ibunya tadi.

"Alah-alah busyuk ibu..Mari sini sarapan dengan ibu meh!"kata ibu sambil menarik tangan Shahira dengan lembut untuk memujuk anak kesayangannya itu.

"Okey..."jawab Shahira dengan senyuman dan gaya-gaya manja.

"Lepas makan nanti adik tolong bawa beg-beg pakaian adik, ibu, ayah dan makanan.Letakkan semuanya di ruang tamu.Nanti bila nak pergi nanti senang nak ambil dan terus bawa je"arah ibu.

"Baik!"Shahira menunjukkan tanda 'ok'

_________________________________________________________________________________

"Adik..dah cepat sikit! Teksi dah datang ni!"jerit ayah.

"Ya..iye.. kejap!Beratlah beg ni!"
"Ish adik ni bawa baju ke bawa batu dalam beg tu?"tanya ibu.

"Baju lah ibu.Ishk.."jawab Shahira dengan mengeluh kerana mengangkat begnya yang berat.

Tiba-tiba..

"Meh lah saya angkatkan"
"A?Lee Shin?"

Lee Shin hanya tersenyum kepada Shahira.Amat memelikkan!"

Kenapa Lee Shin pakai macam baju baru je?Bau kedai lagi!Macam nak kemana-mana je lepas ni.Nak hantar aku kot"fikir Shahira.

"Eh!Asal ada dua teksi?Bukan tiga orang je ke yang nak pergi?Alah biar je lah!"fikir Shahira lagi.

"Adik nak naik dengan ibu dan ayah"kata Shahira.
"Eh... adik naik dengan Lee Shin lah"kata ibu.

"A????Kenapa pula?"
"Lee Shin ikut kita sekali sayang.."kata ayah.

"A??Apa?!!!!"jerit kecil Shahira.
Shahira memandang Lee Shin dan Lee Shin senyum ke arahnya.

"Apa dah berlaku ni?!!"jerit hati kecil Shahira.


<--- Bab Seterusnya - Bab 7                                                                   Bab Seterusnya - Bab 9 --->

Friday, June 13, 2014

Bab 7

Esoklah saat yang ku tunggu-tunggu! Korea! Tunggu! Aku Datang!

Aisyah menjerit dalam hatinya.Sungguh rasa teruja untuk ke Korea.Bukan kerana dia peminat Korea, tapi kerana rindunya yang tersangatlah dalam kepada abangnya nan seorang, Shazmin.

"Adik, dah siap barang-barang yang ingin Adik bawa esok?"tanya ayah.

"Mestilah..... sudah!Jjang! "kata Shahira sambil menunjukkan tanda bagus kepada ayahnya.

"Amboi, Adik! Belum sampai dah pandai cakap Korea dah ya?"tanya ayah sambil mengenyitkan mata kepada Shahira.

"Mesti abangnya...Dah setiap hari minggu sahaja dia layan drama Korea.Mana tak pandai?"kata ibu dan giliran ibu pula yang mengenyitkan mata kepada Shahira dan Encik Azim.

"Hahaha...mestilah.Adik kan cepat belajar?Anak siapa lah kan?"

"Anak ibu dan ayah lah.Siapa lagi?"kata ibu.

Semuanya bergelak sakan setelah penat mengemas barang yang perlu dibawa untuk perjalanan esok.

Shahira pun bergerak naik ke biliknya.

"Aik?Awalnya nak tidur?"tanya ayah.

"Mana ada nak tidur,ayah.Adik nak call Lee Shin.Nak ucap selamat tinggal.Hehehe"
"Eh,esok kan boleh?"kata ayah.
"Alah...biasalah abang..Adik kalau sehari tak call sahabat baiknya tu.Mana sah!"kata ibu.
"Amboi!Macam pakwe makwe pula ya?"tanya ayah.

Muka Shahira terus berubah merah dan dia terus memintas.

"Eh!Mana ada ayah.Lagipun, dia sahabat baik Adik aje lah.No no no"kata Shahira sambil menunjukkan jari telunjuk dan menggerakkanya.

"Eleh.. sahabat baik jadi suami...boleh kan?"ibu memintas.
"Betul tu! Eh?????"kata Shahira yang terkejut kerana dek terkena dengan gurauan ibunya.Bahaya!

"Wah~"kata ayah yang agak terkejut juga.
"Tak, tak , tak! Mana ada!" kata Shahira sambil berlari naik ke biliknya.

"Eleh...malulah tu?"kata ibu.
"Hahaha"ibu dan ayah pun ketawa kerana sudah mengenakan anak mereka yang manja itu.

"Hello Lee Shin.Buat apa?"
"Hello Sha.Tak ada buat apa pun."
"Esok saya nak ke Korea dah"
"Oh ye ke?"
"Yup!Kenapa awak macam tak gembira saja?"
"Mana ada.Awak gembira,saya pun gembira juga."

Shahira menjuihkan bibirnya."Yer lah tu!"kata hatinya.
"Erm...yalah"kata Shahira dengan nada yang ala-ala merajuk.

"Hah!Nanti jangan lupa belikan saya souvenirs,okey?"tanya Lee Shin.
"Ya.Insya Allah.Nanti saya belikan"jawab Shahira.
"Okey.Bye."kata Lee Shin.
"Bye"jawab Shahira dengan nada yang rendah.
"Sha..."
"Yup.."
"Selamat malam and have a good journey, tomorrow.Bye"
"Okey.Bye"
_________________________________________________________________________________
Keesokkannya..


<--- Bab Sebelumnya - Bab 6                                                                 Bab Seterusnya - Bab 8 --->