Friday, June 13, 2014

Bab 7

Esoklah saat yang ku tunggu-tunggu! Korea! Tunggu! Aku Datang!

Aisyah menjerit dalam hatinya.Sungguh rasa teruja untuk ke Korea.Bukan kerana dia peminat Korea, tapi kerana rindunya yang tersangatlah dalam kepada abangnya nan seorang, Shazmin.

"Adik, dah siap barang-barang yang ingin Adik bawa esok?"tanya ayah.

"Mestilah..... sudah!Jjang! "kata Shahira sambil menunjukkan tanda bagus kepada ayahnya.

"Amboi, Adik! Belum sampai dah pandai cakap Korea dah ya?"tanya ayah sambil mengenyitkan mata kepada Shahira.

"Mesti abangnya...Dah setiap hari minggu sahaja dia layan drama Korea.Mana tak pandai?"kata ibu dan giliran ibu pula yang mengenyitkan mata kepada Shahira dan Encik Azim.

"Hahaha...mestilah.Adik kan cepat belajar?Anak siapa lah kan?"

"Anak ibu dan ayah lah.Siapa lagi?"kata ibu.

Semuanya bergelak sakan setelah penat mengemas barang yang perlu dibawa untuk perjalanan esok.

Shahira pun bergerak naik ke biliknya.

"Aik?Awalnya nak tidur?"tanya ayah.

"Mana ada nak tidur,ayah.Adik nak call Lee Shin.Nak ucap selamat tinggal.Hehehe"
"Eh,esok kan boleh?"kata ayah.
"Alah...biasalah abang..Adik kalau sehari tak call sahabat baiknya tu.Mana sah!"kata ibu.
"Amboi!Macam pakwe makwe pula ya?"tanya ayah.

Muka Shahira terus berubah merah dan dia terus memintas.

"Eh!Mana ada ayah.Lagipun, dia sahabat baik Adik aje lah.No no no"kata Shahira sambil menunjukkan jari telunjuk dan menggerakkanya.

"Eleh.. sahabat baik jadi suami...boleh kan?"ibu memintas.
"Betul tu! Eh?????"kata Shahira yang terkejut kerana dek terkena dengan gurauan ibunya.Bahaya!

"Wah~"kata ayah yang agak terkejut juga.
"Tak, tak , tak! Mana ada!" kata Shahira sambil berlari naik ke biliknya.

"Eleh...malulah tu?"kata ibu.
"Hahaha"ibu dan ayah pun ketawa kerana sudah mengenakan anak mereka yang manja itu.

"Hello Lee Shin.Buat apa?"
"Hello Sha.Tak ada buat apa pun."
"Esok saya nak ke Korea dah"
"Oh ye ke?"
"Yup!Kenapa awak macam tak gembira saja?"
"Mana ada.Awak gembira,saya pun gembira juga."

Shahira menjuihkan bibirnya."Yer lah tu!"kata hatinya.
"Erm...yalah"kata Shahira dengan nada yang ala-ala merajuk.

"Hah!Nanti jangan lupa belikan saya souvenirs,okey?"tanya Lee Shin.
"Ya.Insya Allah.Nanti saya belikan"jawab Shahira.
"Okey.Bye."kata Lee Shin.
"Bye"jawab Shahira dengan nada yang rendah.
"Sha..."
"Yup.."
"Selamat malam and have a good journey, tomorrow.Bye"
"Okey.Bye"
_________________________________________________________________________________
Keesokkannya..


<--- Bab Sebelumnya - Bab 6                                                                 Bab Seterusnya - Bab 8 --->

No comments:

Post a Comment