Tuesday, September 16, 2014

Bab 11

"Cepat-cepat! Mari kita naik flight sekarang"kata Encik Azim.

"Nak duduk kat seat mana erk?" Shahira melihat-lihat tempat duduk yang ingin diduduknya.

Tanpa sebarang bunyi Lee Shin terus duduk berdekatan di tempat duduk yg bersebelahan dengan tingkap.Dia terus memakai headphone dan mendengar lagu daripada telefon pintarnya.

"Abang, kita duduk di sini la ya?"kata Puan Maria kepada suaminya.

"Okey juga"setuju Encik Azim.

Setelah melihat ibu bapanya sudah duduk di tempat duduk yang sediakan, Shahira pun terus pergi kepada mereka.

"Ibu, ayah, adik nak duduk mana ni?"

"Sana tu" Puan Maria mencebikkan bibir ke arah tempat duduk yang menempatkan Lee Shin.

"A? Sebelah Lee Shin? Kenapa?"

"Ish.. pergi sahaja lah.Habis tu adik nak duduk mana pula?"

Setelah dipujuk oleh Puan Maria akhirnya Shahira terpaksa akur dengan keputusan ibunya.

"Baiklah"akur Shahira.

Dengan berjalan lemah Shahira pun terus ke tempat duduk dan duduk di sebelah Lee Shin.Puan Maria dan Encik Azim saling berpandangan dan terus menggelengkan kepala mereka setelah melihat kelakuan anak manja mereka yang seorang itu.

"Ish! Terpaksa lah aku duduk di sebelah mamat ni!"gertak hati Shahira.

Shahira ternampak Lee Shin sedang membaca sesuatu.

"Eh!Dia tengah baca apa tu?KOMIK? Oh My God!"

Shahira terus merampas komik yang berada di tangan Lee Shin.

"Eh! Main rampas je kan! Eh... Sha?Awak buat apa di sini?"Lee Shin terus mencabut headphone yang berada di telinganya.

"Saya buat apa disini? Saya tengah buat kuih kat sini. Tak nampak?" Shahira menjawab acuh tak acuh sahaja.

"Oh, hantu coklat gemuk ni nak buat kuih.Okey, nanti bila dah siap.Bagi saya rasa sikit ya?"Lee Shin mengenyit mata kepada Shahira.

"Apa awak cakap?Hantu Coklat Gemuk?! Suka hati je awak ya?!"

Lee Shin menjelirkan lidah kepada Shahira.

"Pulangkan semula komik saya"Lee Shin menghulurkan tangannya.

Kini giliran Shahira pula membalas dengan menjelirkan lidah kepada Lee Shin.

"Ish! Suka awak lah!"Lee Shin terus memasang kembali headphone ke telingannya.

Shahira pura-pura tidak mendengar dan terus membaca komik tadi.

Lee Shin melelapkan matanya.

Selepas beberapa minit membaca komik, Shahira pun menguap.

"Uwa...Mengantuknya"

Shahira terus membaca komik.

Selepas beberapa minit melelapkan mata, Lee Shin terjaga.Bahunya terasa berat.Dia mengalihkan pandangannya ke sebelah bahu kanannya.Ternyata seseorang sudah terlena di bahunya.

"Sha dah tertidur rupanya"

Lee Shin mengambil komiknya yang berada di tangan Shahira dengan perlahan kerana khuatir Shahira akan terjaga dan meletakkan komik tersebut ke dalam begnya.

Lee Shin melihat Shahira yang terlena di bahunya.Comel betul gaya dia tidur.Lee Shin menguap dan terus melelapkan matanya semula.

_______________________________________________________________________________

"Uwa....mengatuknya"Shahira terjaga daripada tidurnya yang lena.

"Lena betul aku tidur.Empuk betul bantal"bisik hati Shahira.

Shahira terus memandang bantal nya tadi.Ternyata itu bukan bantal yang disangkanya!Rupa-rupanya itu bahu Lee Shin yang menjadi sandaran kepalanya!

"Ya Allah.Macam mana ni?"

Shahira memadang wajah polos Lee Shin yang sedang tidur.Tiba-tiba Lee Shin bergerak dan seakan-akan ingin terjaga daripada tidur.Shahira terkejut dan terus berpura-pura tidur dengan meletakkan kepalanya di posisi yang lain dan bukan lagi di bahu Lee Shin.

"Lah..ingatkan Tuan Puteri seorang ni dah bangun.Tidur lagi rupanya"Lee Shin berkata dengan perlahan kerana risau Shahira akan tersedar.

Lee Shin terus melelapkan matanya semula.

Shahira yang menyedari bahawa Lee Shin terlena semula terus membuka matanya.

"Bila lah nak sampai ni..."bisik hati Shahira yang dilanda kebosanan.

<-- Bab Sebelumnya - Bab 10

No comments:

Post a Comment