Wednesday, June 18, 2014

Bab 9

"Meh lah saya angkatkan"
"A?Lee Shin?"

"Eh... adik naik dengan Lee Shin lah"kata ibu.

"A??Apa?!!!!"jerit kecil Shahira.
______________________________________________________________________ 
Cepat-cepat kita dah nak gerak ni.

"Alah..."Shahira mengeluh seperti kebudak-budakkan.

"Adik..."ibu memanggil Shahira dengan lembut.

"Ya...baiklah ibu..."Shahira akur dengan keputusan ibu dan ayah dengan muka yang kurang ceria.

Di dalam teksi.

"Pergh!Punya lah semalam kau beriya-iya suruh aku belikan kau souvenir.Sekarang kau pula yang ada kat sebelah aku ni.Kurang asam betul Lee Shin ni!"bentak hati Shahira.

"Apa pandang saya?"Lee Shin kehairanan apabila dia ditenung dengan tenungan kurang senang Shahira.

"Awak beriya-iya suruh saya belikan awak souvenir lah apa lah.Sekarang awak yang ada kat sini!?"Shahira berkata sambil memeluk tubuh.

"Haha..Lah marah ke? Bukan saya yang nak pergi okey?Ibu bapa awak yang ajak saya ikut sama.So, orang melayu selalu kata macam ni "rezeki jangan ditolak".Betul tak?"

"Iye..iye.."Shahira menjawab acuh tak acuh sahaja.

"Eleh..merajuk lah tu"bisik hati Lee Shin.

Shahira seakan tak ingin mendengar celoteh si sahabat baiknya dek kerana ada perasaan kurang senang di hati a.k.a. merajuk.

Lee Shin hanya menggelengkan kepalanya sahaja.Dia memang sudah kenal benar dengan perangai si anak manja jiran sebelah rumahnya malah sudah lali pun! Nasib baiklah sahabat baik.Kalau tidak, tak ada maknanya dia nak melayan anak manja seorang ini.

"Comel macam selalu.Bila dia merajuk"bisik hati Lee Shin.

"E?"Lee Shin menampar-nampar mukanya.

"Awak ni dah kenapa pulak?"tanya Shahira yang kehairanan melihat reaksi pelik Lee Shin.

Lee Shin memandang Shahira dan melihatnya dengan pandangan yang pelik dek kerana melihat kelakuan peliknya.

"A? Tak ada apa-apa.Hehehe"jawab Lee Shin sambil melambai-lambaikan tangannya tanda tiada apa-apa yang berlaku.

"Okey"Shahira kembali merenung ke luar tingkap.Kebosanan melanda.Kalau komik ada pun bagus juga.

"Hah~"Shahira mengeluh kecil.

Lee Shin memandang Shahira dan kembali melihat ke luar tingkap di sebelahnya.

____________________________________________________________________________

"Dah sampai akhirnya!"Shahira menjerit kecil.

Dia mengeliat dan terus keluar dari teksi yang dinaikinya.Dia terus berlari anak untuk ke teksi yang dinaiki oleh ibu dan ayahnya.

"Ibu..kita dah sampai akhirnya!"Shahira keriangan dan memegang tangan ibunya.

"Ya.. Tak sabar kamu ya?"

"Mestilah ibu!"Shahira membuat tanda bagus kepada ibunya.

Ayahnya sedang dibantu oleh pemandu teksi untuk mengeluarkan barang dan beg-beg.

"Adik..mana beg baju adik?Kenapa tak bawa ke sini?"tanya ibu.

"A.. Sekejap ya.Adik nak ambil"

Shahira berlari anak untuk kembali ke teksi yang dinaikinya.Kelihatan Lee Shin sedang baru sahaja selesai dibantu oleh pemandu teksi untuk mengeluarkan beg dan barang.Lee Shin menarik beg roda Shahira.

"Eh..tak apa.Saya bawa sendiri sahaja"Shahira merampas beg pakaiannya daripada tangan Lee Shin.

<--- Bab Sebelumnya - Bab 8                                                                        Bab Seterusnya - Bab 10 --->








No comments:

Post a Comment