Saturday, June 14, 2014

Bab 8

"Pagi yang indah!"jerit hati Shahira.

Shahira yang kini berada di luar beranda biliknya terus mengeliatkan badannya sambil tersenyum dan menghirup udara pagi yang segar lagi nyaman tanpa sebarang pencemaran.Lalu, dia pun memandang ke arah rumah sebelahnya.Alangkah terkejutnya apabila Shahira yang sedang mengeliat sambil tersenyum dari tadi rupa-rupanya sedang diperhatikan oleh seseorang yang amat dia kenali.Lee Shin hanya memerhatikan Shahira daripada tadi rupanya!

Mereka bertentangan mata dan Shahira yang telah kaku dengan gaya badannya yang sedang mengeliat.Senyuman yang manis sejak tadi sudah terpadam.Dia cepat-cepat menurunkan tangannya.Muka Shahira kian memerah.Dia cepat-cepat berlakon seolah olah tiada apa-apa yang berlaku dengan cara membetulkan tudungnya.Lee Shin melambaikan tangan.

"Selamat pagi Tuan Puteri.Awal bangun?"kata Lee Shin sambil tersenyum ke arah Shahira.
"Selamat pagi.Hehe.Bye!"Shahira membalas dengan sengihan.

Shahira terus berjalan pantas masuk semula ke biliknya.Betapa malunya dia.Adus! Tak terkata!

"Malunya!Apa lah aku buat tadi!"bentak hati Shahira sambil menutup mukanya dengan tangan.

Shahira kembali membuka tangan daripada mukanya.

"Tak guna betul Lee Shin ni. Ada ke patut dia tenung je aku tadi!Siap tegur lagi! Malunya!"jerit kecil Shahira.
_________________________________________________________________________________
"Ibu!Selamat pagi!Mana ayah?"tanya Shahira.
"Selamat pagi Tuan Puteri!Awal bangunnya?Ayah kamu pergi ke pejabatnya.Katanya ada urusan sikit yang nak kena diuruskan sebelum kita pergi berangkat ke Korea malam ni."

"Owh..awal ke ibu?Awal sangat kan?Hehehe"
"Erm..awal sangat.Itulah, lepas solat Subuh tidur balik.Mana lah rezeki nak masuk.Ni, anak dara tak boleh bangun lambat tahu.Nanti tak da orang yang nak datang meminang nanti"sakat ibu.

"Ish..Ibu ni...Main-mainlah.."kata Shahira dengan bibir yang sengaja dijuihkan tanpa protes kata-kata ibunya tadi.

"Alah-alah busyuk ibu..Mari sini sarapan dengan ibu meh!"kata ibu sambil menarik tangan Shahira dengan lembut untuk memujuk anak kesayangannya itu.

"Okey..."jawab Shahira dengan senyuman dan gaya-gaya manja.

"Lepas makan nanti adik tolong bawa beg-beg pakaian adik, ibu, ayah dan makanan.Letakkan semuanya di ruang tamu.Nanti bila nak pergi nanti senang nak ambil dan terus bawa je"arah ibu.

"Baik!"Shahira menunjukkan tanda 'ok'

_________________________________________________________________________________

"Adik..dah cepat sikit! Teksi dah datang ni!"jerit ayah.

"Ya..iye.. kejap!Beratlah beg ni!"
"Ish adik ni bawa baju ke bawa batu dalam beg tu?"tanya ibu.

"Baju lah ibu.Ishk.."jawab Shahira dengan mengeluh kerana mengangkat begnya yang berat.

Tiba-tiba..

"Meh lah saya angkatkan"
"A?Lee Shin?"

Lee Shin hanya tersenyum kepada Shahira.Amat memelikkan!"

Kenapa Lee Shin pakai macam baju baru je?Bau kedai lagi!Macam nak kemana-mana je lepas ni.Nak hantar aku kot"fikir Shahira.

"Eh!Asal ada dua teksi?Bukan tiga orang je ke yang nak pergi?Alah biar je lah!"fikir Shahira lagi.

"Adik nak naik dengan ibu dan ayah"kata Shahira.
"Eh... adik naik dengan Lee Shin lah"kata ibu.

"A????Kenapa pula?"
"Lee Shin ikut kita sekali sayang.."kata ayah.

"A??Apa?!!!!"jerit kecil Shahira.
Shahira memandang Lee Shin dan Lee Shin senyum ke arahnya.

"Apa dah berlaku ni?!!"jerit hati kecil Shahira.


<--- Bab Seterusnya - Bab 7                                                                   Bab Seterusnya - Bab 9 --->

No comments:

Post a Comment