"Wei...Lee Shin... bangun la!Kita dah sampai ni..Wei.."kata Shahira dengan separuh menjerit kepada Lee Shin yang masih lena dalam tidurnya.
"Erm..."Lee Shin hanya mengalihkan pandangannya pula ke tingkap seakan-akan tidak mahu tidurnya diganggu.
"Mama...lagi lima minit ya..lima minit je.."kata Lee Shin.
"Apa?Dia fikir aku mama dia pula ya?Memang betul tidur ni!Sampai ingat tidur kat rumah pula!"bisik hati Shahira.
"Wei...bangunlah!"Shahira mengetuk kepala Lee Shin.Malangnya muka Shahira betul-betul 1 inci daripada muka Lee Shin kerana Lee Shin tiba-tiba menukar kedudukan pandangan kepalanya daripada di tingkap ke kerusi sebelahnya iaitu kerusi yang diduduki oleh Shahira!
Shahira terus terkejut.Hampir sahaja dia tercium Lee Shin!Muka Shahira terus bertukar kepada rona kemerahan dek kerana malu.Jantungnya berdetak lebih kencang berbanding selalu.Apakah yang dirasainya sekarang ini?!Dia mengalihkan mukanya daripada muka Lee Shin.Dia memegang dadanya.
"Kenapa berdebar ni?"tanya Shahira.
Tiba-tiba Encik Azim dan Puan Maria pun tiba di tempat duduk Shahira dan Lee Shin.
"Kenapa ni adik?"tanya Puan Maria.
"Ni ha!Si Lee Shin ni!Tak bangun lagi ibu!"kata Shahira.
"Lee Shin...bangun nak.. kita dah sampai..."kata Puan Maria.
"A?Eh...aunty..kita dah sampai ya?Okey..."Lee Shin terpisat-pisat bangun dari tidurnya yang lena.
Shahira terkejut.Lee Shin akhirnya bangun juga dari tidurnya yang lena.Lee Shin bangun atas sentuhan lembut seorang ibu.
"Pergh!Manja siot!"kata Shahira kepada Lee Shin setelah ibu dan ayahnya sudah beredar dari situ.
"Biarlah!Ingatkan Mama tadi.Mujurlah tak saya peluk.Rindu dah ni!"kata Lee Shin sambil memeluk beg sandangnya,
"Eh wa..eh wa..awak jangan nak macam-macam ya anak manja!mari sini!"Shahira menarik tangan Lee Shin supaya mereka segera keluar dari kapal terbang itu.
Setelah tiba di lapangan terbang.Shahira memadang tangannya.Rasa panas.Sedangkan suhu di lapangan terbang yang menerjah ke mukanya amat sejuk!
"Woi...pahal pulak saya pegang tangan awak ni!Anak manja!"kata Shahira yang kaget apabila menyedari dia telah pegang tangan Lee Shin.Agak lama juga!
"Mana saya tahu!Eh...awak panggil saya apa tadi?!"Lee Shin merengus kasar.
Nampaknya perang dingin akan meletus sekali lagi.
"Oh...awak dah pekak ye?!ANAK MANJA!!!!!"Shahira mejenggilkan matanya dan berlari kepada ibu dan ayahnya.
Shahira memeluk tangan ayahnya.Dia memandang Lee Shin tapi Lee Shin memadangnya dan membuat sign agar Shahira memandang wajah orang yang dirangkul tangan olehnya.Shahira tidak memahaminya.Tiba-tiba Shahira pun terpandang wajah orang itu.Terkejutnya bukan kepalang!Disangkakan ayahnya..Rupa-rupanya seorang pak cik berbangsa Korea!
"Ajussi.Jeongmal jeoseonghamida(saya betul-betul minta maaf,pak cik)"Shahira menundukkan kepalanya ala-ala orang korea meminta maaf.
"Anieyo..gwenchanseumnida(tak..tak mengapa)"Pak cik korea yang umurnya kelihatan lebih kurang 50-an melemparkan senyuman kepada Shahira.Shahira membalas senyuman itu dengan perasaan malu.Akhirnya pak cik Korea itu pun beredar dari situ.
Berbekalkan sedikit bahasa Korea yang sudah difahami dan dihafalnya.Dapat lah dia berbicara bahasa Korea.Sedikit pun jadi lah!Itu pun sebab asyik tonton drama dan filem Korea di rumah.Tak pun di rumah Lee Shin.
"Hahaha"Lee Shin yang daripada tadi tertahan-tahan gelak akhirnya terhambur gelaknya.
"Kurang asam awak,Lee Shin!Asal tak bagitahu awal-awal?!Lepas tu gelakkan orang pula!Malu tahu!"Shahira memuncungkan mulutnya di hadapan Lee Shin.
"Aduh..sorry la..Tapi saya dah bagi sign tadi kan?Mujurlah awak terpandang pak cik itu.Kalau tidak, awak dah ikut dia balik agaknya.Hahaha"Lee Shin kembali ketawa.Dia menekan-nekan perutnya kerana tidak tahan ketawanya mengingat kembali peristiwa sebentar tadi.
"Sampai hati!"Shahira merengus kasar dan meninggalkan Lee Shin.
"Sha!Tunggu la!"Lee Shin mengejar Shahira dari belakang.
Shahira tiba-tiba memberhentikan langkahnya yang laju.Mujurlah Lee Shin sempat memberhentikan langkahnya dengan serta-merta.Jika tidak sempat!Alamatnya memang dia akan terpeluk anak dara jiran sebelah!
Shahira menudingkan jarinya ke muka Lee Shin.Kemudian merengus kasar dan menurunkan jarinya sambil membuat muka yang menakutkan kepada Lee Shin.Dalam hatinya hendak sahaja dia menumbuk muka licin dan cute si Kim Lee Shin itu biar hilang kecomelan lelaki itu.Tapi hatinya berkata "Sabar Sha...Sabar itu separuh daripada iman"
"Adik..Lee Shin!Mari sini!"panggil Encik Azim.
"Eh...ada juga yang pandai cakap Bahasa Melayu di sini"Shahira mencari-cari suara yang memanggilnya.
"Eh...ibu, ayah!"Shahira meluru kearah ibunya.Dipeluk ibunya dengan kuat.Seperti anak yang terpisah daripada ibu bapa.Padahal baru terpisah sekejap sahaja.
"Kamu berdua ke mana?Puas kami cari tahu?"tanya Shazmin yang berada di sebelah Encik Azim secara tiba-tiba.
"Abang!Rindunya kat abang!"Shahira memeluk Shazmin.
"Eh..budak manja ni!Tak malu ke dah besar-besar peluk abang ni?"Shazmin sengaja mengusik adiknya.
Shahira meleraikan pelukan bersama abangnya.
"Rindu abang sangat!"Shahira kembali memeluk abangnya.
"Abang tahu..."Shazmin menyentuh lembut belakang adiknya.
"Eh..adik abang ni..dah makin berisi..duduk rumah asyik makan coklat je lah ni kan?"tanya Shazmin.
"Ish..mana abang tahu ni?"Shahira meleraikan semula pelukannya dengan muka yang curiga.
"Eh....abang tahu la..Adik kan adik abang.."Shazmin mengenyitkan mata kepada ibunya.
"Oh...Ibu beritahu abang ya?"Shahira kembali memuncung.
"Ish...muncung tu!Abang ikat dengan dawai baru tahu!"Semua ketawa gembira.
"Jom la ke hotel dahulu.Lepas tu kita round-round sekitar Seoul ni"Shazmin mengajak semua ke hotel yang telah ditempah khas oleh Shazmin.
Mereka terpaksa menginap di hotel kerana Shazmin tidak tinggal sendiri di rumah sewanya.Dia tinggal bersama rakan-rakan senegara yang tinggal di Korea.
"Kenapa ada dua bilik?Ayah mana?"Shahira bertanya kepada Puan Maria.
"Memang lah kena dua bilik.Adik lupa ya yang ada Lee Shin di sini?Ayah kamu tidur sebilik dengan Lee Shin.Kesian Lee Shin keseorangan"terang Puan Maria kepada anaknya yang manja nan seorang itu.
"Owh..mengada-ngada betul lah Lee Shin tu.Nak takut apanya?!"Shahira merengus kasar.Nampaknya peristiwa yang memalukan masih lagi segar dimindanya.Rasa marahnya kepada Lee Shin masih lagi belum hilang.
"Ish...tak baik adik cakap macam tu tahu?Kenapa lah adik dengan Lee Shin asyik sahaja nak bertengkar?Dah macam anjing dengan kucing dah ibu tengok..."Puan Maria cuba menasihati Shahira.
"Adik kucing tu...Lee Shi tu ibu!Asyik sahaja nak menyakitkan hati adik!"adu Shahira.
"Ish...macam mana lah ibu dan ayah nak buat adik berbaik dengan Lee Shin?Nak dikahwinkan adik dengan Lee Shin ke?"ibu mengenyit mata kepada Shahira.
"Ish....tak nak lah adik!Adik nak pergi bersiap-siap la"Shahira mengambil bajunya untuk ditukar sebelum rancangan ronda-ronda di Seoul dijalankan.
Puan Maria mengelangkan kepala melihat Shahira.Manja benar anaknya yang seorang itu.Kekadang mencabar kesabarannya.Kekadang menghiburkan hatinya pula.
"Hai...Sha..Sha..."kata Puan Maria dengan perlahan sambil menggelengkan kepalanya melihat gelagat Shahira yang sedang pening memilih baju yang ingin dipakai.
<--- Bab sebelumnya - Bab 11 Bab Seterusnya - Bab 13 --->

No comments:
Post a Comment