Rancangan untuk makan angin di sekitar hotel yang mereka menginap pada waktu petang ditangguhkan tetapi dianjak kepada waktu malam.Setelah selesai solat maghrib secara berjemaah mereka sekeluarga dan Lee Shin bergerak ke suatu tempat yang sesak.Memang ramai orang walaupun dah waktu malam.
"Abang..apa nama tempat ni?"Shahira memegang tangan Shazmin.
"Namdaemun Market"Shazmin menjawab.
"Owh..ramai betul kan?"Shahira mengeluarkan kamera peribadinya dan menangkap beberapa gambar di sekitar Namdaemun Market.
"Adik tak nak beli apa-apa ke?"tanya Shazmin.
"Tak nak la.Lagi pun ada masa enam hari lagi di sini.Nanti-nanti sahaja adik boleh beli.Kalau tak sempat....erm..adik suruhla abang yang belikan...hehe"Shahira tersengih.
"Banyakla!Kalau nak jugak!Tunggu tahun depan!Baru dapat!Hahaha"Shazmin ketawa melihat wajah Shahira yang cemberut.
"Alah..abang ni!"Shahira mencubit tangan Shazmin.
"Ibu...tengok adik ni!Dia cubit-cubit abang!"Shazmin berlari di belakang Puan Maria.
"Ish..macam budak-budak lah kamu berdua ni..."kata Puan Maria.
"Alah...biasalah aunty..diorang dah lama tak jumpa.Masa ini sahaja la mereka nak bergurau senda"kata Lee Shin.
"Betul!Betul!Adik sokong seribu peratus!"kata Shahira sambil mengangkat tangan.
"Amboi..terlebih setuju pula!Ni baik-baik sahaja ni ada apa-apa ke?"tanya Encik Azim.
"Ayah...mana ada apa-apa..."Shahira menarik tangan ayahnya.
Shahira memeluk tubuhnya.Nampaknya suhu di Korea Selatan ini tidak seperti di Malaysia.Suhunya terlalu sejuk pada waktu malam.
"Hu...sejuknya..achummm!"Shahira meniup-niup tangannya.
Lee Shin yang melihat ketidakselesaan Shahira terus menuju ke arah Shahira.
"Eh.."Shahira agak terkejut ada seseorang menyarungkan baju panas ke badannya.Dia menoleh.
"Lee Shin..."Shahira memandang Lee Shin.
"Awak..."
"Tak apa.Saya dah pakai baju tebal"Lee Shin meninggalkan Shahira yang terpinga-pinga.
"Terima kasih.."Shahira hanya berkata dengan perlahan.
Setelah satu jam berjalan.Tibalah masanya untuk mereka kembali ke hotel.Shazmin menghantar keluarganya dan Lee Shin di hadapan hotel.
"Ayah...Ibu..Shazmin balik dulu ya.Assalamualaikum"kata Shazmin.
"Waalaikumusalam"jawab Puan Maria dan Encik Azim.
"Aik?Ibu dan ayah saja ke?"
"Yerlah..abang pergi dulu ye adik.."Shazmin mencubit hidung Shahira.
"Sakitlah..."
"Bye..."Shazmin melambai dan terus beredar untuk kembali ke rumahnya.
Selepas solat Isyak, Encik Azim kembali ke biliknya.Puan Maria dan Shahira sudah bersedia untuk masuk tidur.Shahira terkenang kembali kejadian yang berlaku sebentar tadi.Kejadian dia dan Lee Shin.Shahira mengambil telefon bimbitnya dan menaip sesuatu kepada seseorang.
Lee Shin yang ingin melelapkan matanya terus terjaga.Ada seseorang menghantar mesej kepadanya.
"Jumpa saya di luar"mesej itu daripada Shahira.
Lee Shin bingkas bangun dari katil dan keluar dari bilik.Shahira telah menunggunya di luar bilik.
"Nah..."Shahira menghulurkan baju panas kepada tuannya semula.
Lee Shin menyambut huluran itu.
"Saya tak sempat nak ucapkan terima kasih kat awak tadi.So, terima kasih ye?"
"Owh...sama-sama..lain kali kalau nak keluar, kena pakai baju panas...Di sini tak sama dengan Malaysia.Di sini suhunya akan menjadi sangat sejuk pada waktu malam.
"Ya...saya ingat..okey..saya nak masuk dulu la.Bye.Good night"Shahira membuka pintu bilik dan masuk ke dalam biliknya.
Dia membuka pintu bilik itu semula.Ternyata Lee Shin masih belum berganjak dari situ dan hanya memandang Shahira yang sedang menjengahnya.
"Pstt..masuk lah..."Shahira memperlahan suaranya.
Lee Shin tersenyum kepada Shahira.
Shahira agak terkejut dan terus menutup pintu biliknya semula.
"Apa dah gila mamat tu?Apa mimpi dia berbaik dengan aku?..Ish,Ish,Ish..."Shahira menggeleng.
Lee Shin rupa-rupa ada buat perkiraan sebelum Shahira membuka semula pintu biliknya tadi.
"Okey...Lee Shin..kalau Shahira suka pada kau.Mesti dia akan buka pintu tu semula.Satu...dua..ti....ga!"
Ternyata Shahira memang betul-betul membuka pintu bilik itu semula.
Setelah Shahira menutup pintu biliknya.Lee Shin tersenyum terkenangkan semua yang terjadi pada hari ini.Memang banyak telatah Shahira yang menggelikan hati.Benda pelik-pelik ada sahaja dibuatnya.
Lee Shin menggeleng-geleng kepalanya."Gila ke aku ni suka kat dia?!"
Lee Shin masuk semula ke biliknya.
<--- Bab Sebelumnya - Bab 12 Bab Seterusnya - Bab 14 --->

No comments:
Post a Comment