Sunday, July 27, 2014

Bab 1

"Lee Shin...Lee Shin...Lee Shin!!!" jeritku di luar rumah.
"Oi! Kalau ya pun,berilah salam dulu, wahai Cik Sha oi!"kata Lee Shin.

Dia ni kawan baik aku daripada aku kecil lagi.Namanya Kim Lee Shin.Dia ni merupakan jiran sebelah rumah aku jugak lah.Dia ni sekali pandang muka macam mamat korea mana entah.Korea celup kut.Hahaha.Tapi, dia ni pure Chinese.Perangai dia ni memang gila-gila macam aku lah jugak kan.

"Eh.Nak bagi salam, Assalamualaikum ke?"
"Isy...dia ni.Bukan tu.Bagi salam sejahtera ke,good morning ke..apa ke.. Ni tak, main terjah and jerit-jerit pula depan rumah orang"

Isyh mamat sorang ada jugak aku cepuk di ni kang.Sempat lagi beri ceramah kat aku.

"Dah abis membebel dah?"
"Dah lah Cik Sha. Penat lah cakap dengan awak ni.Degil benar tahu!"
"Yelah-yelah..good morning Kim Lee Shin"kataku sambil membuat muka semanis-manisnya.

Lee Shin mengerling jam tangannya yang menunjukkan jam dua belas tengah hari.

"Morning kebendanya?! Cuba tengok ni.Dah pukul berapa?"
"Eh,ingatkan morning lagi tadi.Hehehe"aku hanya menunjukkan gigi putihku sahaja sebagai tanda sengihan dan menganggung malu.
"Haiya, sudah nyanyuk kawan saya ni"

Sengihan aku terus terpadam dan bertukar menjadi muka yang masam mencuka.Sedap jiwa dan raga dia je nak cakap aku macam tu.Kalau ya pun, tak payah lah susah-susah tengok jam tu.Buat malu aku je.Kalau tak ibu yang suruh datang sini,pergh!Tak hingin aku der!

"Cik Sha!Helo...berangan pula dia ni!Cik Sha!"
"Aa?Apa?"
"Nak apa datang sini?"
"Ibu saya nak minta daun limau purut kat depan rumah awak tu"kataku sambil memuncungkan mulut ke arah keberadaan pokok limau purut yang rendang.

"O..ambil lah.Kalau tak minta izin pun tak apa.Saya izinkan.Lagipun, saya memang tak makan daun limau tu"
"Kim Lee Shin..."kataku dengan lembut sambil merenung tajam muka Lee Shin.

"Ya...Apa lagi?"tanya Lee Shin dengan nada yang agak takut mungkin renungan tajam yang seperti ingin makan dirinya sebentar lagi.

"Mana ada orang makan daun!Orang masukkan daun limau purut ni dalam kuah supaya naik aromanya. Awak tak pernah ke dapur ke?" tanya aku dengan nada yang menyakat.

"Eh!Sorry sikit erh!Saya selalu ke dapur okey?!"katanya dengan muka yang menunjukkan protes.

"Abis tu kenapa cakap macam tu?"tanyaku dengan nada yang tenang tapi terserlah wajah Lee Shin yang ingin mencari-cari jawapan bagi melawan kata-kataku yang sungguh tajam itu.

"Saya pergi dapur jugak lah untuk....untuk...a..."
Belum sempat dia menyambungkan ayat yang ku kira akhir itu,aku memintas dengan cepat.

"Chop! Awak ke dapur untuk makan kan?Betul tak?"
"Hah!Betul lah tu. Tahu pun.Habis tu kenapa tanya lagi."

Isy...mamat ni berdolak dalih pula.Nanti kau!Siap kau!

"Sha!!! Mana daun yang ibu suruh ambil tadi?!!"jerit ibu dari dapur hingga ke luar rumah.Nasib tak ada gempa bumi.

"Ya.ibu!Kejap!Ni!Lee Shin kacau orang!"jeritku untuk mengadu kepada ibu.

"Dah-dah lah tu!Cepat masuk!Ibu nak pakai daun tu!"jerit ibu lagi.

"Ya-ya"kataku sambil berlari anak ke rumah setelah berjaya mengambil daun limau purut yang diminta oleh ibu tadi.

"Hahaha..apa lah Sha ni.Takut dengan mama sendiri.Hahaha"mengekek- ngekek ketawanya.

"Kim Lee Shin!Awak pun masuk ke dalam rumah juga.Berapa lama lagi mahu tercegat di depan tu?"jerit mama Lee Shin pula.

"Baik!"patuh Lee Shin.

"Apalah..dia pun sama jugak.Takut ibu marah.Buwek!"kata Shahira dari balkoni bilik tingkat atas rumahnya a.k.a biliknya sambil menjelirkan lidah ke Lee Shin.Lee Shin membalas dengan menjelirkan lidahnya semula kepadaku.

"Isy..mamat ni kan!"


Bab Seterusnya - Bab 2 ---->

No comments:

Post a Comment