Apa aku nak buat hari ni erk?Memikirkan perkara yang nak buat pun boleh jadi susah.Ish..Ish..Ish..Asyik nak bergolek atas katil sahaja pun tak boleh jadi juga.Nak buat apa ya?
KKRING...
Memang aku sangat kenali empunya orang yang menelefonku ini.
"Helo..Auntie"
"Helo..Sha kamu sibuk tak?Auntie nak ajak kamu tengok drama Korea dengan Auntie.Boleh?"
"Erm...okey juga tu.Kejap ya.Sha tanya ibu dulu.Nanti Sha datang"
Aku mematikan talian selepas Auntie mematikan dahulu talian.Aku selalu macam ni.Takut-takut ada benda lagi orang lain nak cakap,nanti dah termatikan talian pula.Mana ibu ya? Di bilik kut..
Sesampainya aku di bilik ibu.Nampaknya ibu ada di dapurlah.Bau sedap je di dapur tu...Um...Yummmmy!
"Nak buat apa?"
"Tadi Auntie ajak Sha tengok drama Korea kat rumah dia.Boleh lah ibu"
Aku sengaja merengek depan ibu.Memang macam tu juga lah aku kalau nak minta sesuatu daripada ibuku ini.Kalau tidak,memang tak dapatlah punya!
"Ya,ya,ya"kata ibu sambil mencubit pipiku yang tembam ni.Semestinya aku manja,dah nama pun anak bongsu.Hehehe
"Tapi,ada satu syarat"
Alah ibu ni pun nak pergi rumah Auntie sebelah pun nak syarat-syarat segala.Entah apa lah yang dimintanya tu.Harap-harap yang baik-baik.Astaghfirullahal'azim...Jahatnya aku memikirkan seperti ibu nak suruh aku buat jahat pula.Adakah aku nak derhaka?Nak menangis pula aku ni.Ya ALLAH ampunkah dosa ku ini.
"Ni, bawa sekali kuih donat yang ibu baru buat tadi"
"Hehehe.Okey.Sayang ibu" kataku sambil memeluk erat tubuh ibuku.Ibu mengusap kepalaku dengan lembut sekali.Tenang dan aman sahaja aku rasa.Itulah kasih sayang ibu walau macam mana pun anak-anaknya nakal.Macam aku lah.Terima kasih ibu!Sayang.... ibu!
<--- Bab Sebelumnya - Bab 1 Bab Seterusnya - Bab 3 ---->
<--- Bab Sebelumnya - Bab 1 Bab Seterusnya - Bab 3 ---->
No comments:
Post a Comment