Mesej: Lee Shin.Boleh tak saya nak jumpa awak sekejap.Saya ada masalah.Please...Jumpa saya di taman sebelah kafeteria.
"Sha! Saya ke kelas dulu ya?" kata Syafina selepas aku memberitahunya bahawa aku ingin berjumpa dengan Lee Shin.
"Eh... tak nak tunggu aku ke?" tanyaku yang sengaja tidak ingin berjumpa secara berdua-duaan dengan Lee Shin.
"Eh... mana boleh.Orang nak date,mana boleh kacau".
"Banyaklah kau punya date!"kataku sambil mencebikkan bibir.
"Hai Syafina..."kata seorang budak lelaki yang betul-betul aku kenal dan aku tunggu-tunggu kedatangannya.Ternyata dia datang lebih awal daripada yang ku jangkakan.
"Hai..okeylah Sha.Aku pergi dulu ya.Bye"kata Syafina.
"Sha...kenapa? Awak ada masalah ke?"tanya Lee Shin.
"Ya.Tadi saya gaduh dengan ibu saya"kataku.Air mata yang ku tahan daripada tadi mula berjuraian.
"Lah..kenapa?"tanyanya lagi dengan muka yang hairan dan duduk disebelahku.
______________________________________________________________________________
"Ibu, bila abang nak balik Malaysia?"tanyaku kepada ibu.
"Abang kamu tak dapat balik sini sebab dia nak study sebelum exam nanti"jawab ibu.
"A!Apa kata kita pergi ke sana nak,ibu?"tanyaku lagi.
"Ish...tak mahulah.Nanti kita ganggu abang kamu pula nanti"kata ibu.
"Alah...boleh lah ibu"pujuk ku dengan rengekkan manja.
"Shahira binti Azim! Jangan mengada-ngada ya! Kamu tu dah besar,jangan nak berperangai macam budak-budak lagi!"marah ibu apabila aku tidak putus-putus dengan rengekkan.
"Ibu...."kataku sambil lari masuk ke bilik dan menangis semahu-mahunya.
_____________________________________________________________________________
"O...macam tu rupanya"kata Lee Shin apabila selesai mendengar cerita sedihku itu.
"Nah ambil ni"kata Lee Shin sambil menyerahkan sapu tangannya kepadaku.
"Terima kasih"kataku dan mengelap air mata di pipiku yang basah.
"Erm...macam ni jelah.Awak minta maaf pada ibu awak ya?"pujuk Lee Shin.
"Tak nak lah.Nanti ibu marah lagi"
"Ish...abis tu nak tunggu raya baru minta maaf ke?"
Aku hanya menganggukkan kepala.Ish...Lee Shin macam tahu-tahu je aku kalau nak minta maaf pada ibu dengan ayah mesti masa raya je.
"Erm...tak apalah nanti lepas kelas tamat.Saya temankan awak ya"
"Untuk apa?"
"Ish..dia ni.Temankan awak untuk minta maaf dengan ibu awak lah"
"A?Okey"
"Dah-dah.Jangan nangis lagi,buruk muka tu.Senyum sikit.Chi!"kata Lee Shin sambil sambil membuat gaya 'peace' sambil menunjukkan gigi.
"Fikir comel lah tu"kataku yang sengaja ingin menyakat Lee Shin.
"Ish dia ni.Sempat lagi buat lawak ya?Orang nak tolong dia.."
"Ada saya minta tolong awak temankan saya ke?"
"Memang lah tak ada! Abis nak tunggu hari raya jugak ke?"
"Aah..."
Kami gelak dan bercerita benda yang menggembirakan sambil menuju ke kelas.Lee Shin menemankan aku sampai lah ke kelas.Lee Shin perlu ke fakulti lain.Kami mengambil kos yang berbeza.
Begitulah jika aku dilanda masalah.ALLAH menjadi tempat pertama aku mengadu.Orang kedua ialah Kim Lee Shin.Dia ni dah boleh dikatakan macam abang kandung aku sendiri.Walaupun berbeza agama dan bangsa.Itu bukanlah menjadi penghalng kepada kami untuk berkawan baik.