"Hello... Lee Shin. Kenapa lambat angkat phone?Dah berapa kali saya call tahu!"
Akhirnya berangkat juga panggilan yang aku buat.Lee Shin ni memang lah!Orang nak cerita pasal nak pergi Korea punyalah excited ni! Dia hilangkan mood excited ni pula!
"Hello... akak Sha ya?"
Aik, awat suara lain pulok ni?
"Ya? Ni siapa?"
"Ini Min Ji... Lee Shin tiada.Dia sedang mandi"
"Lah... ye ke? Tak apa.Nanti suruh Lee Shin call akak Sha ya?Bye"
"Bye"
Lee Shin.Time ni lah kau nak mandi ya? Hilang mood excited...Huh....
KRRING....
Eh!Ada orang call!
"Hello... Sha... nak apa?"
"Lee Shin.. saya ada berita baik!"
"Untuk saya ke awak?"
"Eh!Mestilah untuk saya..."
"Herm...ceritalah..."
Dari A hingga lah ke Z.Aku ceritaka semuanya pada Lee Shin.Dia macam tak nak dengar je tapi apa aku peduli.Janji aku dan cerita pasal cerita aku yang gembira ni!Memang aku jenis suka cerita benda yang gembira pada dia.Kalau sedih pun aku selalu cerita kat dia.Dia sentiasa menjadi pendengar yang baik bagi aku.Walaupun dia senyap je macam tak dengar.Entah apa dia buat pun aku tak tahu.
"Sha...ada bulan lah.Cantik..."
"A?Bulan? Kat luar ke?"
"A'ah le... tak kan kat dalam bilik kot!"
"Cis...."
Aku terus keluar memakai tudung dan sweater.Aku menuju ke beranda di bilik ku. Aku melihat bulan yang sangat cantik.Tapi cantiknya hanya dilihat dari jauh.Kalau dekat, erm.. berlubang sana sini.Itu lah kejadian oleh Tuhan.Unik betul!
Aku memandang ke beranda rumah sebelah ku.Ternyata memang ada seseorang di situ.Lee Shin sedang memerhatikan bulan yang cantik.Aku merenung ke arah Lee Shin.Kacak juga dia bila rambut kusut masai ala-ala kpop tu.Baru lepas mandi,biasalah.
Lee Shin mengalihkan pandangannya padaku.Aku terus mengalihkan pandanganku ke arah lain supaya dia tak tahu yang aku daripada tadi merenung dia.Bukannya bulan.
"Oi!Nak habiskan kredit awak ke?"
"A?"
"Yalah.. kalau ya pun dah syok tengok bulan tu.End call lah dulu.
"O..ok.."
Lee Shin terus mematikan panggilan.Habis lah kredit dia.Padan muka.
"Terima kasih!"
"A?"
Angin yang bertiup mengganggu pendengaran aku.Yang pasti Lee Shin ada berkata sesuatu padaku.Maklum lah beranda bilik kami agak sederhana jauhnya.
"Terima kasih!"
"O...Sama-sama kasih!
Lee Shin senyum kepadaku.Aku terpana dengan senyumannya.Aku membalas senyumannya itu.Aku suka dia ke? Tapi tak mungkin!Kami banyak perbezaan terutamanya agama.Tak mungkin.
<--- Bab Sebelumnya - Bab 5 Bab Seterusnya - Bab 7 --->
Saturday, May 10, 2014
Monday, May 5, 2014
Bab 5
"Mak Cik" Lee Shin menyalam Puan Maria, ibu Shahira.
Shahira daripada tadi tunduk sahaja walaupun di depan ibu sendiri.Takut dimarahi lagi agaknya.Biasalah anak manja, mana boleh kena marah.
"Ya.Ada apa Lee Shin datang sini?"tanya Puan Maria. Shahira mengangkat mukanya lalu memadang ibunya dengan muka yang sedih dek kerana dimarahi.
"Saya nak temankan Sha minta maaf dengan mak cik"Lee Shin senyum kepada Puan Maria.Puan Maria memandang Shahira.
"Adik, minta maaf ibu.Adik dah tak minta lagi dah"Shahira memandang mata ibunya.Matanya sudah berkaca dan hanya menunggu air hangat membasahi mukanya sekali lagi.
"Adik.Ibu tak marah adik pun.Adik tahu kan, ibu sayang adik.Bukan ibu tak nak pergi tengok abang kamu.Cuma ibu takut kita akan mengganggu abang kamu pula nanti"ibu memeluk Shahira.Akhirnya air mata Shahira yang sudah lama ditahan berderai juga akhirnya.
"Ya ibu.Adik faham"Shahira mengangguk-anggukkan kepalanya.
"Tapi, kenapa setiap kali kamu kena marah dengan ibu.Mesti Lee Shin yang temankan adik?Malu je lah"Puan Maria mencuit hidung Shahira dengan lembut.
"Hahaha.Saya tak kisah pun.Dah lali sangat dengan perangai Sha ni Mak Cik"Lee Shin hanya tersengih dan menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.
"Adik ni"Puan Maria memandang Shahira yang hanya tersengih-sengih seperti kerang wangi semerbak.
"Tak apa lah.Saya pulang dulu ya mak cik"Lee Shin menyalam Puan Maria dan bergerak ke sebelah,rumahnya.
"Baiklah.Buat susah kamu sahaja"Puan Maria berkata.
"Ibu, adik nak masuk bilik dulu ya?Nak solat"Shahira terus bergerak ke biliknya setelah meminta izin daripada ibunya.
Daripada kecil lagi,jika Shahira dimarahi atau bergaduh dengan ibu atau ayah atau abangnya.Tempat pertama yang menjadi tempat dia mengadu ialah Kim Lee Shin.Lelaki yang berbangsa Chinese yang merupakan teman sepermainannya.Berkongsi pelbagai rasa suka dan duka.Seperti adik beradik yang akrab kerana abang Shahira memang jarak di rumah kerana abangnya tinggal di asrama ketika sekolah menengah.
____________________________________________________________________________
"Siapa pula yang call malam-malam ni?"Shahira mengumil dan mengambil telefon bimbitnya.Tertera nama orang yang betul-betul dia rindu.
"Assalamulaikum abang"Shahira membuka bicara rindunya dengan manja sekali.Maklumlah jumpa abangnya bukan selalu.Dah enam bulan tak berjumpa,berkepuk-kepuk rasa rindu di hati masing-masing.
"Waalaikumusalam.Adik apa khabar?Rindu abang tak?"Shazmin membuka bicaranya pula.
"Rindu?Tak lah..."Shahira sengaja berdolak dalih.
"Ye ke?"
"Okey-okey.Adik rindu sangat dengan abang"Shahira sengaja membuat suara manja dengan abang kesayangannya itu.
"Alah-alah...Manja.Abang pun rindu kat adik"giliran Shazmin pula membuat suara manja.
"Adik.Tadi ibu ada call abang.Katanya adik merajuk dengan ibu sebab adik tak dapat nak jumpa abang kat sini ya?"Shazmin mula bertanya tentang perkara pada siang tadi.
"A...tak delah.Mana ada"Shahira sengaja menguji abangnya.
"Jangan nak tipu ya?Abang tahu adik abang ni.Nak sangat jumpa dengan abang kan?"Shazmin mula ketawa.
"Ya-ya.Betul lah tu"Shahira mencebik dan membuat suara ala-ala merajuk gituh.
"Alah-alah.Adik abang dah merajuk.Meh sini abang pujuk"
"Tak nak!"
"Tak nak sudah!Nanati bulan depan tak dapat pergi Korea.Jumpa abang"Shazmin mula membocorkan rahsia kejutan.
Shahira yang berbaring di atas katil,terus terbangun daripada baringannya.Terkejut dengan kata-kata abangnya.
"Pergi Korea?Jumpa abang?"Shahira seakan tidak percaya.
"Iyelah.Nak tak?"Shazmin bertanya.
"Nak-nak!Bye abang!Nak jumpa ibu dan ayah!Assalamulaikum!"Shahira terus mematikan talian.
"Eh!Budak bertuah ni...Waalaikumusalam..."Shazmin hanya menggelengkan kepalanya.Dia tahu adiknya terlalu rindu dan gembira dengan perkhabaran tadi.
_______________________________________________________________________________
"Ibu!Ibu!Betul ke kita nak ke Korea?! Jumpa abang?"Shahira bertanya dengan nafasnya tercungap-cungap dek kerana penat berlari dari biliknya sehingga ke ruang tamu yang menempatkan ibu dan ayahnya.
"Ya adik"jawab Encik Azim.Shahira memandang ibunya pula.Puan Maria menganggukkan kepala tanda setuju.
"Yahuu!!!"Shahira melompat gembira dan memeluk ayah dan ibunya.
"Sayang ibu dan ayah!Muah!"Shahira memeluk dan mencium pipi Puan Maria dan Encik Azim.
"Bila kita nak pergi?"Shahira bertanya dengan nada yang tidak sabar-sabar.
"Sabar-sabar adik.Kita pergi bulan hadapan ya?Okey?"Encik Azim menunjukkan tanda 'ok'
"Okey!Tak sabarnya!"Shahira terus berlari ke biliknya."Ni kena bagitahu Lee Shin ni"bisik hati Shahira.
Puan Maria dan Encik Azim menggeleng-gelengkan kepala mereka kerana melihat sifat kebudak-budakkan Shahira walaupun sudah dewasa.Perangai tidak berubah langsung.Masih begitu.
<--- Bab Sebelumnya - Bab 4 Bab Seterusnya - Bab 6 --->

Subscribe to:
Posts (Atom)